Membuat partition hard drive atau dalam kata lain, 'disk partitioning'-membahagikan SATU hard drive fizikal kepada pelbagai saiz drive. Contohnya jika anda mempunyai hard drive berkapasiti 500GB anda boleh bahagikan saiz tersebut kepada beberapa bahagian, contohnya 100GB + 100GB + 300GB. Untuk membuat disk partitioning agak mudah berikutan Windows XP, Windows Vista dan 7 sudah menyediakan utiliti tersebut tanpa keperluan kepada 3rd party software.
Kenapa Perlu Membuat Partition
Kebanyakan PC yang baru dibeli hanya ada satu sahaja partition Hard Drive dan ia muncul sebagai C: di My Computer. Tetapi menyimpan semua data anda, aplikasi dan operating system (windows atau linux) mempunyai risiko, jika sesuatu berlaku fail 'partition's index' (fail yang memberitahu komputer anda di mana segala data di simpan), komputer anda tak boleh 'boot up' atau start daripada drive tersebut atau jika anda boleh boot up menggunakan 'recovery disc' atau external hard drive, anda masih tak boleh akses data-data anda.
Membuat partition hard drive adalah seperti memberitahu komputer anda untuk menganggap setiap pecahan hard drive sebagai entiti yang berbeza. Jika anda menyimpan sistem dan aplikasi berasingan daipada data anda (seperti dokumen, lagu atau video dll), data anda mudah di-'back up' (sebab 'utility' untuk 'back up' tidak perlu menyalin fail sistem dan aplikasi yang boleh diinstall semula dengan mudah). Jika anda ingin format dan menginstall semula Windows, anda tidak perlu risau kerana yang terlibat hanya drive C: , drive yang anda simpan segala data anda tidak akan terusik.
Anda juga boleh membuat partition kecemasan. Contohnya Windows/OS utama anda tiba-tiba rosak dan anda tidak ada 'emergency boot disk' pada masa itu. Jika anda sudah sediakan bootable partition yang cukup-cukup besar untuk menyimpan OS kedua dan sebarang diagnostic tools, anda boleh gunakan ia untuk akses hard drive anda dan selamatkan data-data yang anda.
Akhir sekali partitioning membolehkan anda mencuba pelbagai operating system (OS), terutamanya semasa membuat pilihan sama ada mahu upgrade OS atau tidak. Disebabkan dua atau lebih OS tak boleh diinstall dalam drive yang sama maka mempunyai partition adalah lebih memudahkan.
Bagaimana Membuat Hard Drive Partition
Mula-mula sekali buat back-up data-data anda yang penting. Proses partitioning sepatutnya tidak akan padam mana-mana data tetapi adalah lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya anda tidak biasa dengan proses ini.
Buka Disk Management, sama ada dengan menaip disk management di ruangan search pada menu Start untuk Windows 7 atau Vista. Atau cara kedua, boleh diguna pakai oleh Windows XP juga, Control Panel>System and Security(Performance and Maintenance untuk XP)>Administrative Tools> Computer Management. Di sebelah kiri ada drop-down list. Dwi klik Disk Management.
Setelah Disk Management dibuka, anda dapat lihat senarai drive dan partition yang ada dalam komputer anda. Untuk membuat partition baru, pilih drive yang mempunyai ruang kosong, klik kanan dan pilih Shrink Volume. Ambil perhatian, jika anda cuba shrink disk konfigurasi dynamic (seperti RAID arrays) maka anda mempunyai risiko besar kehilangan data. Jika anda yang membaca artikel ini dan tertanya-tanya jika komputer anda menggunakan RAID arrays, tidak perlu risau kerana hampir semua komputer rumah tidak menggunakannya berikutan kos yang tinggi. Ia terhad kepada syarikat-syarikat yang memerlukan keselamatan tambahan atau pengguna-pengguna PC yang lebih advance.
Berbalik kepada topik, sekarang ni taip jumlah yang anda mahukan. Jumlah ini bergantung kepada apa yang anda mahukan. Jika drive ini bakal digunakan untuk dual-boot iaitu menginstall OS kedua, dalam 10 ke 30GB adalah mencukupi dengan mengambil kira saiz instalasi OS dan selebihnya untuk driver dan utiliti lain.
Setelah anda tetapkan saiz drive yang dikehendaki, ia akan muncul di ruangan Disk Management sebagaiUnallocated Space. Klik kanan pada entry itu, pilih New Simple Volume dan ikut panduan wizard untuk langkah seterusnya. Secara general, anda boleh format drive ini sebagai NTFS yang menawarkan fungsicompress untuk menjimatkan ruang.
Sekarang, anda sudah ada partition baru yang boleh digunakan untuk dual-boot Windows lain atau simpan data-data lain. Untuk panduan dual-boot, jika ada yang mahu sila request di bawah.
Sunday, 7 October 2012
Wednesday, 3 October 2012
Driver Asus a43s,
Assalammualikum dan salam sejahtera,
bagi mereka yang memerlukan boleh download Driver Asus a43s,
Saya membekalkan driver untuk Window 7 64 Bit dan 32 Bit.
Download For Window 7 32 Bit
Download Driver nVidia Graphics DriverDownload LAN Driver
Download Realtek Multi-Card Reader Driver
Download Synaptics Touchpad driver
Download USB 3.0 Driver
Download Wireless Lan Driver and Application
Download Intel BlueTooth driver
Download Azurewave Camera Driver
Download Intel Management Engine Interface
Download Intel Rapid Storage Technology driver
Download The Turbo Boost application
Download For Window 7 64Bit
Spesifikasi Asus A43S
Your Color, Your DNA
Dirancang dengan aluminium berkualitas tinggi.
Prosesor Intel® Core™ generasi ke-2.
Grafis NVIDIA® GeForce® GT 520M.
Speaker Altec Lansing® dengan teknologi SRS premium sound.
Teknologi ASUS IceCool membuat area palm rest tetap dingin, dengan memposisikan komponen penghasil panas jauh dari tangan anda.
Pemenang penghargaan iF Design, untuk keyboard ergonomis berdesain chiclet yang mudah dibersihkan.
Untuk diriver ATI dibutuhkan software pihak ketiga / pendukung yaitu NetFramework dan Direct X 11 :
Download NetFramework 4
Download Direct X 11
Your Color, Your DNA
Dirancang dengan aluminium berkualitas tinggi.
Prosesor Intel® Core™ generasi ke-2.
Grafis NVIDIA® GeForce® GT 520M.
Speaker Altec Lansing® dengan teknologi SRS premium sound.
Teknologi ASUS IceCool membuat area palm rest tetap dingin, dengan memposisikan komponen penghasil panas jauh dari tangan anda.
Pemenang penghargaan iF Design, untuk keyboard ergonomis berdesain chiclet yang mudah dibersihkan.
Download NetFramework 4
Download Direct X 11
Subscribe to:
Posts (Atom)